Sunday, November 20, 2011

Jenis-jenis Air


AIR MUTLAK :

Air Mutlak : Air yang suci lagi menyucikan, iaitu suci pada zatnya serta boleh menyucikan yang lainnya. Air mutlak ialah air yang tidak dikaitkan dengan nama-nama lain, seperti air sungai, air perigi, air mata air, air embun, air hujan dan sebagainya.

AIR MUTANAJJIS :

Air mutanajjis : Air mutanajjis (متنجس) adalah air yang telah terjatuh najis ke dalamnya sehingga berubah warna, bau atau rasa walaupun jika dicampur hingga kadar dua kolah. Air tersebut tetap dikira mutanajjis sekiranya air tidak berubah sifat bau, warna atau rasa tetapi tidak mencukupi dua kolah.

Air tersebut tidak dikira bernajis apabila jatuh ke dalamnya haiwan ataupun bangkai haiwan yang memang tidak berdarah seperti semut.

Contoh berikut tidak termasuk Air Mutanajis

Termasuk bangkai (lihat perkara di bawah) najis yang dimaafkan dengan syarat tidak sengaja dicampakkan.
Air atau bahan cecair yang lain termasuk najis yang halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar melampau daripada najis mughalazah.
Air yang lebih daripada dua kolah dengan syarat tidak berubah sifat air itu.

Contoh bangkai binatang yang Najis tetapi dimaafkan
1. Lalat
2. Kumbang
3. Kala
4. Lipas
5. Cicak
6. Binatang-binatang yang tidak mengalir darahnya jika dibelah atau dikoyakkannya.


AIR MUSYAMMAS :

Air Musyammas :
Air yang suci lagi menyucikan, seperti air yang didedahkan kepada cahaya matahari, diletakkan di dalam bekas tin atau bekas tembaga. Jika air yang dijemur dipanas matahari tetapi berada di dalam bekas plastik, kayu, atau pelepah pohon, tidak menjadi air musyammas.

Hukum menggunakan air musyammas adalah makruh kerana mungkin boleh mendatangkan penyakit kulit. Walaubagaimanapun hukumnya menjadi harus apabila dalam keadaan kesulitan air.

AIR MUSTA'MAL :

Air Musta'mal
: Iaitu air yang suci pada zatnya tetapi tidak boleh menyucikan yang lain, iaitu air yang telah digunakan untuk berwudhu’, mandi atau bekas menyucikan najis.

No comments:

Post a Comment