Monday, November 28, 2011

Bulan Muharram


Muharram : Bulan pertama dalam bulan hijriyah. Ertinya yang diharamkan atau yang menjadi pantang. Penamaan Muharram kerana pada bulan ini dilarang menumpahkan darah atau berperang. Larangan tersebut berjalan ketika awal masa Islam, namun larangan tersebut tidak berlaku lagi sejak turunnya firman Allah : “Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusirmu”.(Al-Baqarah: 191) Para sahabat telah melakukan serangan pada bulan tersebut. Bulan ini juga dikenali di kalangan masyarakat Islam Asia sebagai bulan Assyura. Hari asyyura jatuh pada 10 Muharram setiap tahun.
Setiap awal Muharram disunatkan kita membaca Doa Awal Muharram atau Doa menyambut Tahun Baru Hijrah. Manakala tahun yang hampir berakhir kita iringi dengan Doa Akhir Tahun.

PERISTIWA PENTING DALAM MUHARAM

1. 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab menetapkan adalah hari pertama bagi setiap tahun baru Islam (Kalendar Hijriah).
2. 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Di samping itu pada 10 Muharam sahaja telah berlaku beberapa peristiwa :

  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit.

No comments:

Post a Comment