Tuesday, November 22, 2011

Doa Akhir Dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun Hijrah


" Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.
Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami
Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.
Ya Allah wahai Tuhan kami, banyak perkara yang telah kami lakukan
daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini,
maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan
Engkau memang tiada lupakannya dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami
malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunanMu.
Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan
sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah engkau janjikan
ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan amal baik
yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami.
Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad s.a.w.
dan kepada seluruh keluarganya, sahabatnya,
sejahteralah mereka semuanya
dan segala puji hanya bagi Allah tuhan sekelian alam.

Doa Awal Tahun Hijrah




"Segala puji tertentu bagi Allah, Allah SWT yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan
keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk
selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang
melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau
perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan
penolongnya dan aku emohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa
mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak
berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas
junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, yang memelihara dan mentadbir sekalian
alam".

3 Kali


(3 kali)

No comments:

Post a Comment