Monday, December 27, 2010

PENYERAHAN SIJIL PROGRAM "MEMBINA GENERASI SOLAT" (MGS)




Satu majlis penyerahan sijil kepada peserta yang telah mengikuti kursus "Membina Generasi Solat (MGS)". Majlis ini diadakan pada 26 Disember 2010 pada hari Ahad selepas solat maghrib anjuran Halaqat KK. Seramai 47 peserta yang telah menyertai kursus MGS yang telah dianjurkan Halaqat KK. Kursus MGS ini diadakan di Masjid Kg Pasir Era setiap pagi jumaat. Bagi menghargai peserta-peserta yang mengikuti kursus MGS ini,satu majlis telah dianjurkan oleh Halaqat KK bagi penyampaian sijil kepada peserta-peserta MGS. Majlis bermula selepas solat Maghrib dan kuliah maghrib juga turut disampaikan oleh Ustaz Abdul Latif Bin Abdul Rahman. Setelah selesai Kuliah Maghrib,penyerahan sijil kepada peserta-peserta yang telah mengikuti kursus MGS turut disampaikan oleh Ustaz Abdul Latif Bin Abdul Rahman.Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta yang mengikuti Kursus "Membina Generasi Solat".

Diantara peserta-peserta yang menerima sijil "Membina Generasi Solat" anjuran Halaqat KK.