Solat Sunat Awwabin
Solat Sunat Awwabbin
waktunya di antara dua sembahyang fardhu Maghrib dan ‘Isya’ adalah antara
semulia-mulia dan seafdhal-afdhal waktu untuk dimakmurkan dengan amal ibadat
serta menjauhi segala kelalaian dan kebathilan. Oleh kerana itu, elok benar
jika ia diisi dengan amalan yang boleh mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu
wa Ta‘ala seperti membaca Al-Quran, bezikir dan lain-lain seumpamanya.
Menurut ulama, antara amalan yang
paling afdhal dikerjakan pada waktu tersebut ialah mendirikan sembahyang sunat.
Sembahyang yang sunat dikerjakan pada waktu tersebut ialah sembahyang sunat
Awwabin. Antara para sahabat yang dikhabarkan mengerjakan sembahyang sunat
Awwabin ini antaranya ialah Abdullah bin Mas‘ud, Abdullah bin ‘Amru, Salman
Al-Farisi, Abdullah bin ‘Umar dan Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhum.
Awwabin bermaksud orang-orang
yang bertaubat dan kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala, penuh keikhlasan dalam
ketaatan mereka terhadap-Nya dan meninggalkan kecenderungan serta dorongan hawa
nafsu insani semata-mata kerana-Nya. Sembahyang ini dinamakan juga dengan nama
sembahyang sunat Ghaflah kerana orang-orang yang mengerjakannya bertaubat,
mengingati serta kembali kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala tatkala orang lain
lalai dari mengingati-Nya pada waktu tersebut kerana makan malam ataupun kerana
kesibukan menyediakannya, tidur dan sebagainya.
Solat Awwabin ialah solat sunat muakkad (sangat dituntut)
yang dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat Ba’adiah Maghrib.
Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6 rakaat bahkan boleh
juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara
menanti waktu Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur,
terutama jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika berhalangan
untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan
memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan serta menghapuskan
dosa-dosa kita.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى بَعْدَ الْمَغْرِبِ سِتَّ رَكَعَاتٍ لَمْ يَتَكَلَّمْ فِيمَا بَيْنَهُنَّ بِسُوءٍ عُدِلْنَ لَهُ بِعِبَادَةِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ سَنَةً
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa
yang bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang antaranya
dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya dengan ibadat duabelas
tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn Khuzaimah dan At-Turmuzi.)
Doa Sebelum Solat Sunat Awwabin:
Sebelum melakukan solat Awwabin, disunatkan membaca doa masyhur berikut:
Cara Mengerjakan Solat Sunat Awwabin:
Lafaz Niat Sembahyang Sunnat Awwabin
a) Pada dua rakaat yang pertama
أصَلِّي سُنَّةَ حِفْظِ الِإيْمَانِ مَعَ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)
(Sahaja Aku solat sunat Awwabinn serta memelihara iman, 2 rakaat kerana Allah Taala)
Bacalah selepas membaca Al-Fatihah pada kedua-dua rakaat
1. Surah al-Qadr 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali
2. Surah al-Ikhlas 6 kali
3. Surah al-Falaq 1 kali
4. Surah al-Naas 1 kali
selepas itu beri salam, baca doa ini..
اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ إِيْمَانِي فِي حَيَاتِي وَعِنْدَ مَمَاتِي
وَبَعْدَ مَمَاتِي، فَاحْفَظْهُ عَلَيَّ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَئٍ قَدِير
Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu,
semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
b) Pada dua rakaat yang kedua
أصَلِّي سُنَّةَ َ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala
Selepas
membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun
dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.
c) Pada dua rakaat yang ketiga
أصَلِّي سُنَّةَ الأَوَّابِينَ مَعَ الإِسْتِخَارَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)
(Sahaja aku solat sunat awwabin serta Istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala)
Selepas
membaca al-Fatihah pada rakaat yang pertama, bacalah surah al-Kafirun
dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah surah al-Ikhlas.