Kg Pasir Era
Saturday, May 24, 2014
Karnival Sukaneka Kg Pasir Era
Labels:
Berita Kampung
Location:
Kuala Krai, Kelantan, Malaysia
Monday, July 15, 2013
Monday, July 1, 2013
Puasa
Puasa
Puasa ialah menahan
diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh
membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Hukum Puasa
Puasa merupakan kewajipan kepada setiap orang
islam berdasarkan kepada Al-Quran , Hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Sebagaimana
Firman Allah Taala yang berbunyi :
يَاأَيُّهَا
الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ
مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang
yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang
yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
[Surah Al-Baqarah, Ayat
: 183]
Dan
berdasarkan kepada firman Allah Taala :
فَمَنْ
شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya : Oleh itu, sesiapa dari antara kamu
yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia
berpuasa bulan itu.
[Surah Al-Baqarah, Ayat
: 185]
Di dalam hadis pula
disebut , Islam itu terbina di atas lima perkara dan salah satu daripadanya
ialah puasa pada bulan Ramadhan . Oleh sebab itu telah bersepakat Ulamak
mengatakan puasa itu hukumnya wajib keatas orang islam yang sudah akil baligh (
cukup umur) dan berkuasa . Ianya tidak diwajibkan kepada orang kafir atau orang gila atau
kanak-kanak yang belum baligh, tetapi
hendaklah dilatih untuk membiasakan diri mereka dengan puasa .
Hukum puasa terbahagi
kepada tiga iaitu :
- Wajib – Puasa pada bulan Ramadhan.
- Sunat – Puasa pada hari-hari tertentu.
- Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.
Syarat Wajib Puasa
- Beragama Islam
- Baligh (telah mencapai umur dewasa)
- Berakal
- Berupaya untuk mengerjakannya.
- Sihat
- Tidak musafir
Rukun Puasa
- Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
- Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.
Puasa mempunyai dua rukun asasi iaitu :
- Niat puasa.
- Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari.
1.
Niat
Iaitu kehendak (qasad) melakukan puasa. Tempatnya di hati, tidak cukup dengan hanya melafazkannya dengan lidah dan tidak disyaratkan melafazkannya. Dalil wajib niat ialah sabda Nabi SAW :
Iaitu kehendak (qasad) melakukan puasa. Tempatnya di hati, tidak cukup dengan hanya melafazkannya dengan lidah dan tidak disyaratkan melafazkannya. Dalil wajib niat ialah sabda Nabi SAW :
إنما الأعمال بالنيات
“Sesungguhnya
setiap amalan itu dengan niat“.
Niat Puasa Ramadhan
Sekiranya
ia adalah niat untuk puasa ramadhan, disyaratkan wujudnya perkara-perkara
berikut :
i. Berniat pada waktu malam
Iaitu hendaklah dilakukan qasad (kehendak melakukan puasa) itu pada waktu malam, iaitu sebelum terbit fajar. Sekiranya dia tidak berqasad untuk melakukan puasa kecuali selepas terbitnya fajar maka batallah niat puasanya.
Iaitu hendaklah dilakukan qasad (kehendak melakukan puasa) itu pada waktu malam, iaitu sebelum terbit fajar. Sekiranya dia tidak berqasad untuk melakukan puasa kecuali selepas terbitnya fajar maka batallah niat puasanya.
Dalilnya
sabda Nabi SAW :
من لم يبيت الصيام قبل
طلوع الفجر فلا صيام له
“Barangsiapa
tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya“. (Ad-Daruqutni
(2/172), kata beliau ; Para perawinya adalah tsiqah; Al-Baihaqi (4/202)).
ii.
Penentuan
Ini dilakukan dengan menetapkan jenis puasa. Dia hendaklah berazam dalam hatinya untuk berpuasa bulan Ramadhan pada esok hari. Sekiranya dia berniat dalam dirinya dengan semata-mata berpuasa (tidak ditentukan jenis puasa), maka niatnya tidak sah. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya amalan itu dengan niat“. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini : “Dan bagi setiap orang itu apa yang telah diniatkannya”. Maksudnya : perbuatannya itu akan mengikut jenis yang telah diqasadkan untuk dilakukan.
Ini dilakukan dengan menetapkan jenis puasa. Dia hendaklah berazam dalam hatinya untuk berpuasa bulan Ramadhan pada esok hari. Sekiranya dia berniat dalam dirinya dengan semata-mata berpuasa (tidak ditentukan jenis puasa), maka niatnya tidak sah. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Sesungguhnya amalan itu dengan niat“. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini : “Dan bagi setiap orang itu apa yang telah diniatkannya”. Maksudnya : perbuatannya itu akan mengikut jenis yang telah diqasadkan untuk dilakukan.
iii.
Berulang-ulang
Maksudnya dia hendaklah berniat pada setiap malam sebelum terbit fajar untuk puasa hari berikutnya. Tidak cukup dengan satu niat untuk puasa sebulan kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadah yang satu. Bahkan ia adalah ibadat yang berulang-ulang dan setiap ibadat itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri.
Maksudnya dia hendaklah berniat pada setiap malam sebelum terbit fajar untuk puasa hari berikutnya. Tidak cukup dengan satu niat untuk puasa sebulan kerana puasa Ramadhan bukanlah ibadah yang satu. Bahkan ia adalah ibadat yang berulang-ulang dan setiap ibadat itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri.
Mengenai
Puasa sunat, niat tidak disyaratkan pada waktu malam dan tidak perlu
ditentukan. Niat, sah dilakukan sebelum tergelincir matahari dan sah juga niat
mutlak. Dalilnya ialah hadis Aisyah r.a. :
“Pada
suatu hari Nabi SAW bersabda padanya : “Apakah kamu mempunyai makanan
tengahari?”. Jawabnya : “Tidak”. Sabda Baginda : “Kalau begitu aku berpuasa“.
(Ad-Daruqutni).
2.
Menahan diri daripada Perkara yang membatalkan Puasa
Perkara-perkara
yang membatalkan puasa ialah :
i.
Makan dan Minum
Puasa terbatal sekiranya ia makan dan minum dengan sengaja walaupun makanan atau minuman itu sedikit. Sekiranya dia terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka puasanya tidak batal walau berapa banyak dia makan atau minum.
Puasa terbatal sekiranya ia makan dan minum dengan sengaja walaupun makanan atau minuman itu sedikit. Sekiranya dia terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka puasanya tidak batal walau berapa banyak dia makan atau minum.
Dalilnya
: Hadis Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulallah SAW bersabda :
من نسي وهو صائم فأكل أو شرب فليتم صومه
فإنما أطعمه الله وسقاه
“Barang
siapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka
hendaklah dia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allahlah yang telah
memberinya makan dan minum“.
ii.
Sampainya ‘ain (sesuatu ) kedalam al-Jauf (rongga) melalui liang terbuka
Maksud
‘ain ialah sesuatu yang dapat dilihat dengan mata. Maksud al-Jauf ialah otak,
ataupun apa yang berada antara bawah halkum hingga ke perut. Maksud liang yang
terbuka ialah seperti mulut, telinga, qubul, dubur, sama ada bagi lelaki dan
juga wanita.
Oleh
itu setitik (air) yang masuk melalui telinga membatalkan puasa kerana ia adalah
liang yang terbuka. Setitik (air) yang masuk ke dalam mata tidak membatalkan
puasa kerana ia adalah liang yang tidak terbuka.
Suntikan
di lubang dubur membatalkan puasa kerana lubang dubur ialah liang yang terbuka.
Suntikan
pada urat tidak membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak terbuka
dan begitulah seterusnya.
Semuanya
ini, disyaratkan dilakukan dengan sengaja. Sekiranya perkara ini berlaku dalam
keadaan lupa maka ia tidak merosakkan puasanya. Hukum ini diqiyaskan dengan
makanan dan minuman.
Sekiranya
lalat atau nyamuk atau debu jalan masuk ke dalam al-Jauf, maka puasa tidak
terbatal kerana untuk menghindarinya adalah teramat susahز
Sekiranya
dia menelan air liurnya, puasa tidak batal kerana susah untuk menghalangnya.
Sekiranya
dia menelan air liurnya yang bernajis (seperti gusinya luka lalu mulutnya tidak
dibersihkan sekalipun air liurnya bewarna jernih), maka batal puasanya.
Sekiranya
dia berkumur atau memasukkan air ke dalam hidung lalu air itu termasuk ke dalam
al-Jaufnya, puasanya tidak batal, jika dia tidak melampau dalam memasukkan air
sewaktu mengambil wudhuk. Sekiranya air itu masuk kedalam al-Jauf kerana dia melampau
sewaktu memasukkan air, maka puasanya batal kerana ia adalah perbuatan yang
dilarang sewaktu berpuasa.
Sekiranya
terdapat sisa (kesan) makanan di celah-celah giginya lalu ia digerakkan oleh
air liurnya tanpa sengaja lalu masuk kedalam perutnya, maka puasanya tidak
batal. Ini sekiranya dia tidak mampu untuk membezakannya dengan air liurnya
kerana perkara ini ialah perkara yang dimaafkan dan bukan disebabkan sengaja
dilakukan. Sekiranya dia mampu membezakanya, maka batallah puasanya kerana ia
dilakukan dengan lalai.
Sekiranya
dia dipaksa untuk makan atau minum, puasanya tidak batal kerana hukum
ikhtiarnya (mempunyai pilihan) sudah gugur.
iii.
Muntah dengan sengaja
Muntah
dengan sengaja membatalkan puasa sekalipun orang yang berpuasa itu yakin bahawa
muntahnya tidak masuk semula ke dalam al-jaufnya walaupun sedikit. Sekiranya
dia muntah tanpa sengaja, puasanya tidak batal sekalipun dia tahu bahawa
sebahagian daripada muntahnya telah masuk semula ke dalam al-jaufnya tanpa
sengaja. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya,
Rasulullah s.a.w bersabda :
من زرعه قيء يعني من
غلبه من غير اختيار فلا قضاء عليه من استقاء يعني طلب خروج ما في جوفه فعليه
القضاء
Maksudnya:
“Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan (sedangkan dia berpuasa) maka
dia tidak perlu mengqadha’kannya dan sekiranya dia muntah dengan sengaja, maka
dia hendaklah mengqadha’kan puasanya“. (Dikeluarkan oleh Abu Daud
(2380),at-Tirmizi (720) dan selain keduanya).
iv.
Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar mani
Dalilnya
ialah firman Allah Taala;
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ
الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَىٰ نِسَائِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ
لَّهُنَّ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتَانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ
عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالْآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُوا مَا كَتَبَ
اللَّهُ لَكُمْ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ
الْأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الْأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّوا
الصِّيَامَ إِلَى اللَّيْلِ وَلَا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي
الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَقْرَبُوهَا كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ
اللَّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ
Maksudnya
: “Dihalalkan bagi kamu, pada malam hari puasa, bercampur (bersetubuh)
dengan isteri-isteri kamu. Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi
kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya
kamu mengkhianati diri sendiri, lalu Ia menerima taubat kamu dan memaafkan
kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang
telah ditetapkan oleh Allah bagi kamu; dan makanlah serta minumlah sehingga
nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan
malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu
malam (maghrib); dan janganlah kamu setubuhi isteri-isteri kamu ketika kamu
sedang beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah
kamu menghampirinya. Demikian Allah menerangkan ayat-ayat hukumNya kepada
sekalian manusia supaya mereka bertaqwa.”(Al-Baqarah:187)
Maksud
fajar ialah cahaya yang terbit dengan terang di ufuk langit dan dengan itu
berakhirlah malam dan bermulalah siang.
Sekiranya
dia bersetubuh dalam keadaan lupa maka ia tidak membatalkan puasa. Hukum ini
diqiyaskan dengan makan dan minum yang terlupa.
v.
Al-Istimna’.
Al-Istimna’
ialah mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya ataupun
dengan menggunakan tangan. Sekiranya orang yang berpuasa sengaja melakukannya
maka batal puasanya. Tetapi sekiranya ia berlaku diluar kawalannya, maka
puasanya tidak batal. Dengan ini dimakruhkan dengan ‘Makruh Tahrim’ (makruh
yang hampir kepada haram) bercium pada siang Ramadhan bagi orang yang cepat
naik syahwatnya sama ada lelaki atau wanita kerana ia mendedahkannya kepada
merosakkan puasa.
Mengenai
orang yang tidak cepat naik syahwatnya, yang utama baginya ialah
meninggalkannya demi menutup pintu yang merosakkan puasanya.
Muslim
(1106) meriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya:
“Rasulullah
s.a.w telah mencium aku sewaktu Baginda berpuasa. Siapakah dikalangan kamu yang
dapat menguasai nafsunya sebagaimana Rasulullah s.a.w menguasai nafsunya“.
Para
ulama’ berkata: “Maksud kata-kata Aisyah r.a ialah sepatutnya kamu menjauhi
daripada bercium dan jangan menyangka bahawa diri kamu seperti Nabi s.a.w yang
boleh melakukannya. Ini kerana Baginda dapat mampu menguasai dirinya dan dapat
dijamin apabila Baginda mencium tidak menyebabkan keluarnya air mani ataupun
naik syahwat ataupun naiknya nafsu dan seumpanya sedangkan kamu tidak ada
jaminan terhadap perkara itu”.
vi.
Haid dan Nifas
Haid
dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Sekiranya wanita
yang berpuasa keluar haid atau nifasnya pada sebahagian daripada siang maka
batallah puasanya. Dia wajib mengqadha’kan puasa hari tersebut. Al-Bukhari
(298) dan Muslim (80) meriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a:
Rasulullah
s.a.w bersabda tentang wania dan Baginda telah ditanya sebab kurangnya agama
bagi wanita: Baginda menjawab: “Bukankah apabila dia sedang haid dia tidak
sembahyang dan puasa?“.
vii.
Gila dan murtad
Gila
dan murtad merupakan penghalang daripada sahnya puasa kerana orang yang berada
di dalam keadaan ini tidak mempunyai keahlian (kalayakan) untuk beribadat.
Mereka
yang berpuasa wajib menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang membatalkan
ini agar puasanya sah bermula dari terbit fajar sehingga matahari betul-betul
tenggelam. Sekiranya orang yang berpuasa melakukan perkara yang membatalkan ini
dengan sangkaan fajar belum terbit, tetapi selepas melakukannya, sangkaannya jelas
meleset, maka batal puasanya. Dia hendaklah menahan dirinya (tidak makan,minum
dan lain-lain seperti orang yang berpuasa) spanjang siang sebagai menghormati
bulan Ramadhan. Dia juga dikehendaki supaya mengqadha’kan puasa tadi.
Begitu
juga apabila seseorang berbuka pada akhir siang di waktu petang dengan sangkaan
matahari telah tenggelam kemudian terbukti bahawa matahari belum tenggelam,
maka batallah puasanya dan dia wajib mengqadha’nya.
Syarat Sah Puasa
- Beragama Islam
- Berakal
- Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
- Hari yang sah berpuasa.
Sunat Berpuasa
- Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
- Melambatkan bersahur
- Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
- Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
- Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
- Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
- Membaca doa berbuka puasa
Perkara Makruh Ketika Berpuasa
- Selalu berkumur-kumur
- Merasa makanan dengan lidah
- Berbekam kecuali perlu
- Mengulum sesuatu
Hal yang membatalkan Puasa
- Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
- Muntah dengan sengaja
- Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
- kedatangan haid atau nifas
- Melahirkan anak atau keguguran
- Gila walaupun sekejap
- Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
- Murtad atau keluar daripada agama Islam
Hari yang Disunatkan Berpuasa
- Hari Isnin dan Khamis
- Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
- Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
- Enam hari dalam bulan Syawal
Hari yang diharamkan Berpuasa
- Hari raya Idul Fitri (1 Syawal)
- Hari raya Idul Adha (10 Zulhijjah)
- Hari syak (29 Syaaban)
- Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)
Subscribe to:
Posts (Atom)